Wednesday, September 18, 2019
updated 2:07 PM UTC, Sep 18, 2019

26 penuntut UPSI terpilih mewakili Malaysia dalam pertandingan Festival Tarian Antarabangsa Cheonan, Korea Selatan

  • Published in Berita Semasa

KUALA LUMPUR - 26 penuntut Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) dipilih mewakili Malaysia ke pertandingan Festival Tarian Antarabangsa Cheonan di Korea Selatan.

Mahasiswa dari Fakulti Muzik dan Seni Persembahan ini dipilih berikutan kemenangan mereka dalam Pertandingan Festival World of Colours (FESCO) tahun lalu.

Festival antarabangsa terbesar ini berlangsung selama 14 hari bermula 23 September ini disertai lima ribu-500 penari pelbagai negara.

Malaysia bakal berentap dalam lima kategori antaranya Tarian Rakyat Tari Tempurung, Tarian Etnik Sarawak dan joget.

Menurut Timbalan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Muhammad Bakhtiar Wan Chik, penyertaan ini dapat mempromosi budaya Malaysia di luar negara.