Friday, November 22, 2019
updated 4:01 PM UTC, Nov 22, 2019

Tumpas : Geng curi motosikal di surau dan kawasan rumah tidak berkunci

  • Published in Berita Semasa

Taiping - Ketua Polis Daerah Taiping, ACP Osman Mamat berkata, suspek berusia antara 21 hingga 46 tahun itu aktif menjalankan kegiatan berkenaan sejak Januari lepas.

Mereka mensasarkan tiga lokasi iaitu Taiping, Kerian dan Kuala Kangsar. 

Modus operasinya ialah mencuri motosikal di surau dan kawasan rumah tidak berkunci.

Motosikal atau komponen yang dilerai akan dijual di luar daerah.

Beliau berkata demikian dalam sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah Taiping.

Kesemua suspek yang turut mempunyai rekod kesalahan lampau kini direman hingga sabtu ini bagi membantu siasatan.

Kes disiasat mengikut Seksyen 379A Kanun Keseksaan, jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara sehingga 7 tahun dan dikenakan denda.