Wednesday, September 18, 2019
updated 1:31 PM UTC, Sep 18, 2019

Jerebu ; Malaysia tidak menuding jari kepada Indonesia, sebaliknya menawarkan bantuan menangani kebakaran hutan di beberapa wilayah Indonesia

  • Published in Berita Semasa

JAKARTA - Malaysia tidak menuding jari kepada Indonesia berikutan masalah jerebu, sebaliknya menawarkan bantuan menangani kebakaran hutan di beberapa wilayah Indonesia ketika ini.

Duta Besar Malaysia di Indonesia, Zainal Abidin Bakar berkata surat rasmi kerajaan Malaysia menerusi Menteri Tenaga, Teknologi, Sains, Perubahan Iklim dan Alam Sekitar, Yeo Bee Yin berhubung tawaran itu telah disampaikan kepada pemerintah Indonesia, baru- baru ini.

Tambahnya, tiada sebarang surat protes, sebaliknya, Malaysia menyatakan keinginan untuk membantu dalam menangani masalah jerebu, dengan memadam kebakaran hutan dan kawasan pertanian di Indonesia.

Beliau bercakap kepada BERNAMA selepas Majlis Resepsi Hari Kebangsaan Malaysia 2019, malam tadi.

Sebelum ini, Menteri Lingkungan Hidup dan Kehutanan Indonesia, Siti Nurbaya mengeluarkan kenyataan, berkenaan penerimaan surat bantahan dari Malaysia.