Wednesday, September 18, 2019
updated 3:02 PM UTC, Sep 18, 2019

SSPN negeri Johor rekodkan jumlah deposit sebanyak RM377 juta melibatkan 460,000 pemegang akaun, sejak tahun 2004 hingga Julai tahun lalu

  • Published in Berita Semasa

JOHOR BAHRU - Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN) negeri Johor merekodkan jumlah deposit sebanyak RM377 juta melibatkan 460,000 pemegang akaun, sejak tahun 2004 hingga Julai tahun lalu.

50 peratus daripada pemegang akaun merupakan mereka yang berusia bawah 12 tahun.

Pengurus Besar Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional Johor, Muhammad Faizal Adnan berkata, kesedaran ibu bapa mengenai faedah SSPN merupakan antara faktor sambutan menggalakkan itu.

PTPTN Johor merekodkan 26 ribu pemegang akuan baharu sehingga Julai, melibatkan jumlah deposit sebanyak RM32 juta.