Wednesday, September 18, 2019
updated 1:31 PM UTC, Sep 18, 2019

Seluruh Malaysia diisytihar sebagai kawasan larangan pembakaran terbuka berkuatkuasa serta merta - Ketua Pengarah Alam Sekitar

  • Published in Berita Semasa

KUALA LUMPUR - Seluruh Malaysia diisytihar sebagai kawasan larangan pembakaran terbuka berkuatkuasa serta merta susulan jerebu.


Menurut Ketua Pengarah Alam Sekitar, Norlin Jaafar dalam satu kenyataan, larangan itu terpakai sehingga Monsun Barat Daya berakhir.

Menurut kenyataan itu lagi, mereka yang INGKAR, boleh dikenakan denda tidak melebihi RM 500 ribu atau penjara tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya sekali.

Kompaun maksimum RM 2000 juga boleh dikenakan atas setiap kesalahan.

Bagaimanapun, jelasnya, larangan dikecualikan kepada pembakaran mayat, pembakaran bagi tujuan keagamaan, gril atau barbeku dan pembakaran gas mudah terbakar.

Pemilik premis juga perlu memastikan premis kepunyaan mereka tidak dimasuki atau dicerobohi oleh pihak tidak bertanggungjawab sehingga menyebabkan pembakaran terbuka.

Orang ramai diminta memberi kerjasama untuk memadamkan kebakaran kecil serta membuat laporan kepada Jabatan Bomba dan Penyelamat serta Jabatan Alam Sekitar jika melihat sebarang aktiviti pembakaran terbuka.