Thursday, January 23, 2020

updated 5:13 AM UTC, Jan 23, 2020

Kebakaran asrama : 28 kanak-kanak terselamat dalam kebakaran

  • Published in Semasa


TAIPING - 28 kanak-kanak terselamat dalam kebakaran melibatkan sebuah bangunan asrama 4 tingkat di Jalan Medan Taiping, Perak. Menurut Jurucakap Bomba dan Penyelamat negeri Perak, pihaknya menerima panggilan pada pukul 5.42 petang sebelum bergegas ke lokasi kejadian.

Setibanya di tempat kejadian , pihaknya mendapati kebakaran melibatkan sebuah bilik di tingkat 3 bangunan berkenaan.

Bagaimanapun semua penghuni telah pun mengosongkan bangunan sebelum ketibaan pihak bomba.

Operasi tamat pada pukul 6.30 petang dan punca kejadian masih dalam siasatan.