Wednesday, September 18, 2019
updated 3:02 PM UTC, Sep 18, 2019

Kempen 'Return To Light' guna konsep realiti maya cegah kes bunuh diri dan masalah mental

  • Published in Berita Semasa


SUBANG JAYA - Menggunakan pendekatan berbeza bagi menyebar kesedaran kesihatan mental, Sunway University tampil dengan kempen "Return to Light" yang menyasarkan sekurang-kurang 250 pelajar.

Program ini membawa konsep realiti maya (virtual reality) sehingga pengunjung mampu merasai sendiri perkara yang dialami oleh individu yang mengalami masalah mental.

Kempen yang memfokuskan isu bunuh diri dan juga kesihatan mental ini adalah usaha sama antara Universiti Sunway, Universiti Taylor, Universiti Monash dan Jabatan Pendidikan Tinggi.

Kempen kesedaran tersebut diadakan selama dua hari, bermula hari ini.

Perasmian kempen disempurnakan ADUN Subang Jaya, Michelle Ng .

Berucap pada majlis itu beliau berkata, kempen cegah bunuh diri adalah inisiatif yang baik dan amat diperlukan khususnya pada masa kini bagi mencegah kes bunuh diri dan masalah mental.

Beliau menegaskan, kempen kesedaran mental hanyalah satu titik permulaan sebagai gerakan yang lebih besar yang bukan sahaja menumpukan pelajar.

Antara aktiviti yang diadakan sepanjang kempen adalah pameran, bengkel dan juga forum yang bertumpu kepada isu kesihatan mental.