Wednesday, September 18, 2019
updated 3:02 PM UTC, Sep 18, 2019

Anugerah MyHERO Edisi Ke-3 : 5 penerima turut dilantik sebagai Duta Perpaduan

  • Published in Berita Semasa

 

KUALA LUMPUR - Seramai lima warga tempatan diraikan pada Majlis Penyampaian Anugerah MyHero Edisi Ketiga.

Perasmian dan penyampaian anugerah disampaikan oleh Isteri Perdana Menteri, Tun Dr Siti Hasmah Mohamad Ali.

Menurut Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Wira Dr. Md Farid Md Rafik, penerima anugerah ini merupakan idola kepada masyarakat.

Penerima anugerah membawa pulang wang tunai RM5,000, trofi dan sijil lantikan duta perpaduan.

Lima individu berkenaan ialah Jameyah Sheriff, Richard Wong Yew King dari Selangor, Norzah Abd Ghani dari Putrajaya, Md. Hermman Saidin dari Labuan dan Cheah Kim Hock Penang dan Rajendran Velu Melaka.

Lebih istimewa bagi Md. Herman seorang OKU pendengaran yang merupakan tutor bahasa isyarat di Labuan kerana dapat berbakti dan membantu golongan senasib dengannya.

Majlis dianjurkan Dewan Perniagaan dan Perindustrian Cina Kuala Lumpur dan Selangor (KLSCCCI) bersama Nanyang Siang Pau dan disokong oleh Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (JPNIN), Jabatan Perdana Menteri.