Tuesday, February 25, 2020

updated 1:27 PM UTC, Feb 25, 2020

107 rakyat Malaysia dari Wuhan dibenar pulang ke rumah

  • Published in Nasional

PUTRAJAYA, 18 Feb - Kesemua 107 rakyat Malaysia yang dibawa balik ke Malaysia dari Wuhan, China melalui Misi Bantuan Kemanusiaan pada 4 Februari lalu telah dibenarkan pulang ke kediaman masing-masing hari ini.

Mereka dibenarkan pulang setelah menamatkan tempoh pemantauan di Pusat Pengawasan di Akademi Kepimpinan Pendidikan Tinggi (AKEPT).

Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad mengesahkan, sampel ulangan yang dijalankan ke atas mereka menunjukkan negatif COVID-19.

Sementara itu tiga belas kes keseluruhan telah discaj daripada wad hari ini.

Manakala tiada kes positif baharu dilaporkan.

Bagi jumlah kumulatif kes COVID-19, kekal sebanyak 22 kes dan 11 kes dalam rawatan.

Bagi kontak rapat kepada kes positif, sebanyak 230 kes dikesan negatif sementara 13 kes menunggu keputusan makmal.

Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad berkata pada Sidang Media Berhubung Perkembangan Terkini Jangkitan Kluster COVID-19 di Putrajaya.