Wednesday, September 18, 2019
updated 3:02 PM UTC, Sep 18, 2019

Kos kenaikan Visa, RM350 dikenakan bagi setiap jemaah Umrah

  • Published in Berita Semasa

GAMBAR HIASAN


SHAH ALAM - Sebanyak RM350 akan dikenakan bagi setiap jemaah yang ingin menunaikan Umrah bermula tahun ini.

Penambahan kos itu disebabkan kenaikan kos visa yang baru saja diumumkan oleh kerajaan Arab Saudi pada 10 September lepas.

Menurut Presiden Persatuan Pelancongan Umrah dan Haji (PAPUH), Dato' Sri Haji Razali Mohd Sham, penambahan kos itu tidak termasuk bayaran-bayaran lain yang dikenakan seperti pengangkutan, penginapan dan kos pengendalian yang berbeza mengikut muasassah masing-masing.

Tambahnya, dengan sistem baru yang diperkenalkan kerajaan Arab Saudi, urusan jemaah dan juga agensi pelancongan itu sendiri semakin mudah.

Selain itu, Pengumuman kerajaan Arab Saudi untuk memansuhkan bayaran SR2000 riyal bagi jemaah yang ingin mengerjakan Umrah berulang setiap tahun juga, merupakan berita baik kepada jemaah Malaysia.

Beliau ditemui semasa sidang media mengenai kenaikan kos Umrah di Malaysia di Shah Alam, Selangor.