Tuesday, February 25, 2020

updated 1:27 PM UTC, Feb 25, 2020

Melaka promosi gaya hidup sihat tarik pelancong

  • Published in Berita Semasa

AYER KEROH, 18 Feb - Kerajaan negeri Melaka akan menggiatkan usaha promosi gaya hidup sihat bagi menggalakkan kehadiran pelancong ke negeri itu.

Tumpuan diberikan dengan penyediaan platform bagi aktiviti pelancongan sukan, rekreasi dan belia.

Jelas Exco Negeri Datuk Muhammad Jailani Khamis, usaha itu juga menjauhkan belia daripada terjebak dengan aktiviti tidak sihat.

Beliau menyatakannya dalam sidang media penganjuran Festival Melaka Rock The City di Ayer Keroh.

Program anjuran Bahagian Promosi Pelancongan dan Jabatan Ketua Menteri bersama Drug Free Malaysia itu bakal menampilkan 17 kumpulan rock dan indie, menyasarkan 30,000 pengunjung.

Mengetengahkan 5 segmen iaitu Festival Muzik, Seni, Makanan, Sukan dan Vendor, ia bakal berlangsung pada 29 Februari ini.