Friday, June 5, 2020

updated 2:42 AM UTC, Jun 5, 2020

Sektor wakaf bakal diperkasa sebagai sumber ekonomi ketiga negara

  • Published in Nasional

PUTRAJAYA, 18 Feb - Rang undang-undang wakaf kini di peringkat akhir persediaan sebelum dibentangkan di parlimen Mac ini.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Fuziah Salleh memaklumkan, kelulusan rang undang-undang itu penting dalam memastikan sektor berkenaan diperkasa menjadi sumber ekonomi ketiga negara.

Menerusi dasar negara Rahmah, sumber ekonomi ketiga ini akan digunakan untuk tujuh bidang intervensi antaranya, pendidikan, kesihatan, perumahan dan pembasmian kemiskinan.

Beliau berucap demikian ketika menghadiri Majlis Pra Pelancaran Pembinaan Surau Ibnu Sina dan Anjung Kasih Hospital Putrajaya di Putrajaya.

Pelancaran disempurnakan Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad.

Pelaksanaan projek pembinaan melalui kutipan wakaf lebih RM6 juta itu merupakan projek perintis, diluluskan Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) bagi agensi kerajaan.