Monday, November 18, 2019
updated 2:49 PM UTC, Nov 18, 2019

Gugur 33 syarikat perabot Bumiputra, MTEM mohon timbang semula

  • Published in Berita Semasa

KUALA LUMPUR - Majlis Tindakan Ekonomi Melayu (MTEM) memohon pertimbangan semula Kementerian Kewangan terhadap keputusan menggugurkan 33 syarikat perabot Bumiputera daripada senarai syarikat Kontrak Panel Berpusat (KPB).

Dalam kenyataan hari ini, MTEM menjelaskan kesemua perusahaan tersebut telah beroperasi melebihi 20 tahun dan bernaung di bawah Persatuan Pengusaha Industri Perabot Bumiputera Malaysia (PETRA).

Tambahnya, penguguran tersebut diketahui melalui kemas kini senarai syarikat panel KPB bagi bekalan dan penghantaran perabot pelbagai jenis kepada semua agensi kerajaan di semenanjung Malaysia.

Sebanyak 33 syarikat atau 38 peratus daripada 87 syarikat tersenarai di bawah pembekalan perabot bagi agensi kerajaan digugurkan daripada senarai tersebut berkuat kuasa 15 Julai 2019 setelah gagal memperoleh persijilan Sijil Perkhidmatan Produk (PCS) dari Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM).

Tambahnya, syarikat-syarikat berkenaan telah mematuhi kesemua proses dalam tempoh masa yang telah ditetapkan bagi memperoleh.

Namun gagal memperoleh sijil PCS sebelum tarikh 28 Jun 2019