Friday, June 5, 2020

updated 3:50 AM UTC, Jun 5, 2020

COVID-19: Kerajaan pandang serius pekerja terjejas, hilang mata pencarian

  • Published in Nasional

PUTRAJAYA, 18 Feb - Kementerian Sumber Manusia memandang serius pekerja yang terjejas hingga hilang mata pencarian kerana wabak COVID-19.

Antara yang terkesan ialah pekerja di bawah Gabungan Pemandu Bas Persiaran Pelancong China, GPBAS.

Timbalan Menteri Sumber Manusia, Datuk Mahfuz Omar berkata pihaknya bersedia mengadakan perbincangan dengan majikan GPBAS agar isu itu dapat diselesaikan.

Menerusi satu memorandum yang dihantar GPBAS kepada kementeriannya menyatakan ketiadaan pelancong China menjejaskan sumber pendapatan bulanan kepada lebih 400 pekerja di seluruh negara.

Beliau berkata demikian selepas Program Hari Bertemu Pelanggan di Putrajaya.