Monday, May 25, 2020

updated 12:38 PM UTC, May 25, 2020

Sukan Ragbi Sentuh atau Fit Touch makin mendapat sambutan

  • Published in Sukan

KUALA LUMPUR, 18 Feb - Dalam membangunkan sukan Ragbi Sentuh atau Fit Touch di negara Malaysia, program-program terutamanya di peringkat akar umbi haruslah diperbanyakkan bukan sahaja dalam persatuan malah juga di peringkat sekolah.

Pemain Fit Touch Negara, Amir Hadafi berkata sokongan yang diperoleh dari beberapa agensi kerajaan kini dan pihak sekolah telah menampakkan sukan itu berada di landasan terbaik bagi membuat persediaan dalam merangka semula pasukan untuk ke Kejohanan Piala Dunia 2023.

Beliau ditemui media ketika menjadi tetamu khas dalam rancangan Selamat Pagi Malaysia (SPM) di Wisma Berita, RTM.

Tambahnya lagi, penglibatan anak-anak muda di peringkat sekolah dalam lingkungan umur 10 hingga 15 tahun mendapat sambutan yang membanggakan.

Hadafi yang juga merupakan jurulatih bagi pasukan Kelab Criss Brook akan membawa pasukannya terbang ke Valencia, Sepanyol pada penghujung Mac depan bagi menyertai kejohanan jemputan disana.