Friday, June 5, 2020

updated 2:42 AM UTC, Jun 5, 2020

Peruntukan bantuan koperasi sekolah dicadang dinaikkan kepada RM5 juta

  • Published in Nasional

 

BANDARAYA MELAKA, 18 Feb - Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi mencadangkan kepada Suruhanjaya Koperasi Malaysia supaya menaikkan peruntukan bagi bantuan pembangunan koperasi sekolah kepada RM5 juta tahun ini berbanding hanya RM1.86 juta tahun 2019.

Menterinya, Datuk Seri Mohd Redzuan Yusof berkata bantuan tersebut sebagai rangsangan kepada koperasi sekolah terutama pendidik dalam menyuntik semangat keusahawanan dalam kalangan pelajar.

Usaha itu juga dapat menggalakkan koperasi sekolah terlibat dalam perniagaan di bawah sektor pertanian moden menerusi teknik penanaman fertigasi.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan program Transformasi Keusahawanan Koperasi Sekolah Zon Selatan di Bandaraya Melaka.