Monday, November 18, 2019
updated 2:49 PM UTC, Nov 18, 2019

Tangani IPU tidak sihat : Pelan tindakan pembakaran terbuka diaktifkan

  • Published in Berita Semasa

SEREMBAN - Jabatan Alam Sekitar (JAS) Negeri Sembilan telah mengaktifkan Pelan Tindakan Pembakaran Terbuka dalam menangani Indeks Pencemaran Udara (IPU) tidak sihat di negeri ini.

Exco Kesihatan, Alam Sekitar, Koperasi dan Kepenggunaan negeri, S.Veerapan berkata, pemantauan dan rondaan operasi mencegah pembakaran terbuka turut ditingkatkan melalui darat serta menggunakan drone.

JAS juga bekerjasama dengan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia bagi mengawal kes kebakaran serta memantau bacaan dan trend IPU stesen pengawasan udara dari semasa ke semasa.

Dalam pada itu, Menteri Besar, Datuk Seri Aminuddin Harun meminta Jabatan Pendidikan Negeri Sembilan untuk mengambil tindakan mengurangkan aktiviti di luar bilik darjah.

Langkah tersebut bagi memastikan kesihatan anak-anak sentiasa terpelihara.

Tiga daerah di Negeri Sembilan mencatatkan bacaan IPU tidak sihat dengan daerah Nilai mencatatkan bacaan IPU tertinggi.