Monday, 16 May 2022

Kenaikan indeks persepsi rasuah kejayaan besar kepada negara

  • Published in Semasa

KUALA LUMPUR, 1 Feb - Kenaikan indeks persepsi rasuah merupakan satu petanda baik dan disifatkan satu kejayaan besar kepada Malaysia.

Felo Penyelidik Kanan Institut Jenayah Universiti HELP, Dato' Seri Akhbar Satar berkata, dari segi skor, ia menunjukkan pencapaian terbaik negara sejak 20 tahun lalu.

Jelas Dato' Sri Akhbar, kejayaan ini juga menzahirkan iltizam kerajaan untuk membanteras rasuah dan akan diteruskan sebagai petunjuk prestasi utama.

Beliau turut memuji keberkesanan peranan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) sendiri, yang berjaya menangkap dan mendakwa pelaku rasuah.

Bagaimanapun Datuk Seri Akhbar turut mengingatkan usaha untuk mengekalkan prestasi yang dicapai bukan mudah.

Bercakap dalam temubual eksklusif bersama RTM di Angkasapuri, Datuk Seri Akhbar mengingatkan sokongan rakyat dan kerjasama orang ramai dalam membanteras rasuah adalah suatu aspek yang perlu dikekalkan.