Sunday, April 5, 2020

updated 1:38 PM UTC, Apr 5, 2020

Suspek kes bunuh anak saudara direman seminggu

  • Published in Berita Semasa

KEMAMAN - Seorang penganggur direman tujuh hari bagi membantu siasatan berhubung kes bunuh anak saudaranya sendiri di Felda Cerul Dua, Kemaman, semalam.

Perintah reman dikeluarkan hakim Mahkamah Sesyen Kemaman, Azman Mustapha bagi membantu polis meneruskan siasatan berhubung kematian kanak-kanak perempuan berusia 2 tahun itu.

Siasatan dilakukan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana disyaki membunuh.

Dalam kejadian kira-kira 1 tengah hari semalam, suspek dituduh melakukan perbuatan itu dalam sebuah rumah yang didiaminya bersama mangsa.

Difahamkan, suspek yang berusia 26 tahun menggunakan sebilah pisau pemotong sayur bertindak menikam dada kanak-kanak berkenaan.

Mangsa Nurhafiya Aufa Mohd Taquddin dikejarkan ke Klinik Kesihatan Bandar Ceneh Baru oleh ahli keluarganya sebelum disahkan meninggal dunia ketika menjalani rawatan.

Suspek positif dadah jenis Methamphetamine turut mempunyai satu rekod jenayah lampau.