Sunday, 27 September 2020

updated 12:39 PM UTC, Sep 27, 2020

300 penghuni asrama Pertubuhan Kebajikan Anak Yatim Terengganu tunaikan solat hajat, mohon perlindungan penyakit berjangkit

  • Published in Berita Semasa

MARANG - 300 penghuni asrama Pertubuhan Kebajikan Anak Yatim Terengganu (Perkaya) menunaikan solat hajat memohon kesejahteraan dan perlindungan daripada penularan penyakit berjangkit.

Kumpulan dianggotai hafiz dan hafizah ini turut melakukan bacaan yasin.

Turut berlangsung tazkirah yang menyentuh topik berkaitan penyebaran maklumat tidak tepat dan penularan berita palsu oleh golongan tidak bertanggungjawab.