Thursday, February 27, 2020

updated 5:39 AM UTC, Feb 27, 2020

Kad Amaran Kesihatan diedar kepada pelancong China bagi mendapatkan rawatan segera

  • Published in Berita Semasa

ALOR SETAR - Jabatan Kesihatan Kedah mengambil langkah drastik dalam mengekang penularan Coronavirus melalui pintu masuk antarabangsa di Langkawi, Bukit Kayu Hitam, Durian Burung, dan Padang Terap.

Selain menggunakan alat pengimbas suhu badan, Kad Amaran Kesihatan diedar kepada pelancong China dan mereka yang baharu pulang berkunjung ke negara berkenaan.

Ketua Penolong Pengarah Kanan Jabatan Kesihatan Negeri, Dr Sunita Abd Rahman berkata, kad berkenaan penting bagi memudahkan mereka mendapatkan rawatan terus ke mana-mana klinik mahupun hospital, jika terdapat simptom penyakit Coronavirus.

Beliau menyatakannya selepas wawancara di Radio Malaysia Kedahfm.