Wednesday, February 19, 2020

updated 2:24 PM UTC, Feb 19, 2020

PERKESO Terengganu sasar 25,000 pencarum tahun ini

  • Published in Berita Semasa

KUALA TERENGGANU, 28 Jan - Pertubuhan Keselamatan Sosial, PERKESO Terengganu menetapkan sasaran 25,000 pencarum dicapai tahun ini untuk skim Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri yang telah diperluas kepada 19 sektor pekerjaan sendiri. 

Ini termasuk perniagaan dalam talian, pembinaan, penjaja, premis penginapan dan perkhidmatan professional.

PERKESO Terengganu juga akan bekerjasama dengan pelbagai agensi swasta dan kerajaan bagi memberi penerangan berkaitan Skim berkenaan.

Pengarah PERKESO negeri Terengganu, Farihah Che Husin percaya, skim tersebut dapat memberi faedah kepada lebih 90 peratus yang terlibat dengan pekerjaan sendiri yang sbelum ini, mereka tidak layak dilindungi.

Beliau ditemui pada Majlis santai bersama media bagi memberi penerangan berkenaan Skim Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri di Kuala Terengganu.

Farihah turut menyampaikan Faedah Pengurusan Mayat kepada keluarga seorang pekerja kimpalan syarikat swasta di Melaka yang meninggal dunia akibat jangkitan kuman pada paru-paru dan otak 20 Januari lalu.

Sistem pendaftaran dan bayaran caruman boleh dibuat secara atas talian di matrix.perkeso.gov.my atau pejabat PERKESO berdekatan.