Wednesday, February 19, 2020

updated 2:24 PM UTC, Feb 19, 2020

Op Selamat16/2020 sempena Tahun Baru Cina, catat 138 kematian dari 18 hingga 26 Januari

  • Published in Berita Semasa

KUALA LUMPUR, 28 Jan - 127 kes kemalangan maut melibatkan 138 kematian dicatat bagi tempoh 9 hari bermula 26 Januari 2020 dalam Op Selamat 16 sempena Tahun Baharu Cina.

Penunggang dan pembonceng motosikal, penyumbang kepada kematian tertinggi iaitu 94 kematian.

Kenyataan Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik menyebut, Selangor merekodkan jumlah kemalangan maut tertinggi dengan 24 kes.

Ini diikuti Johor dan Sarawak, masing-masing 16 kes.

Dalam tempoh itu, Lebih 14 ribu kemalangan direkodkan.

Manakala, lebih 230,000 saman, dikeluarkan.

Antara kesalahan utama adalah menggunakan telefon bimbit semasa memandu, tidak mematuhi lampu isyarat merah, memandu melebihi had laju, memandu di lorong kecemasan, memotong barisan dan memotong di garisan berkembar.