Monday, August 26, 2019
updated 5:11 AM UTC, Aug 26, 2019

Malaysia tidak boleh usir Zakir Naik : Pendakwah bebas itu berdepan ancaman bunuh

  • Published in Berita Semasa

 


SEPANG - Malaysia tidak boleh mengusir Dr Zakir Naik kerana beliau berdepan ancaman bunuh.

Bagaimanapun, Perdana Menteri Tun Dr Mahathir menegaskan, sekiranya ada negara yang mahu menerima penceramah dari India itu, mereka dialu-alukan berbuat demikian.

Beliau memberi maklum balas itu bagi mengulas kenyataan Menteri Sumber Manusia M.Kula Segaran yang meminta Dr. Zakir diusir serta-merta kerana mempersoal kesetiaan penganut agama hindu di negara ini.

Kula Segaran yang merupakan Ahli Parlimen Ipoh Barat sebelum ini berkata, Dr. Zakir adalah warga asing yang tidak memiliki kurang pengetahuan mengenai sejarah Malaysia, serta tidak berhak menghina rakyat negara ini.