Monday, August 26, 2019
updated 3:38 AM UTC, Aug 26, 2019

Polis sahkan penemuan mayat perempuan berkulit putih lebih kurang 2 KM dari The Dusun Resort, Seremban

  • Published in Berita Semasa

 


SEREMBAN - Pihak polis telah mengesahkan penemuan satu mayat perempuan berkulit putih lebih kurang 2 kilometer dari The Dusun Resort, Seremban yang masih dalam keadaan sempurna.

Polis mendapat maklumat berkenaan mayat yang ditemukan pada pukul 1.57 tengah hari dan pihak polis tiba di lokasi kira-kira pukul 2.20 petang.

Ketua Polis Negeri Sembilan, Datuk Mohamad Mat Yusuf berkata, pihaknya belum mengesahkan dapat mayat itu adalah Nora Anne Quoirine, remaja warga Ireland yang dilaporkan hilang sejak 4 Ogos lalu.

Keluarganya akan dibawa untuk pengesahan.

Buat masa ini pasukan forensik dan Jabatan Patologi sedang membuat pengesahan sama ada mayat yang dijumpai adalah milik Nora Anne atau sebaliknya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui media di lokasi kejadian.