Monday, August 26, 2019
updated 3:04 AM UTC, Aug 26, 2019

Hari ke-5 SAR dua warga Singapura : Sektor pencarian diperluaskan lagi

  • Published in Berita Semasa

 


MERSING - Hari kelima operasi mencari dan menyelamat, SAR dua warga Singapura yang hilang ketika berkayak di perairan Mersing, Johor, sejak Khamis lalu menyaksikan sektor pencarian menggunakan pesawat udara diperluas hingga 900 batu nautika

Manakala aset laut pula diperluas sehingga 600 batu nautika persegi.

Pengarah Zon Maritim Mersing, Komander Maritim Haris Fadzillah Abdullah berkata, sehingga kini, 122 orang terlibat dalam operasi termasuk polis, Tentera Laut DiRaja Malaysia serta Jabatan Bomba dan Penyelamat.

Operasi turut dibantu penduduk dan nelayan tempatan bagi pencarian di pulau-pulau serta sekitar perairan Mersing.

Skop pencarian dibuat dengan kaedah pencarian di permukaan laut menggunakan aset kapal dan bot dari pelbagai agensi.

Tiga aset udara dan sembilan aset laut digunakan sepanjang operasi.

Khamis lalu, Tan Eng Soon, 62 tahun, dan Puah Geok Tin, 57 tahun dilaporkan hilang kira-kira 5.40 petang selepas kayak dinaiki terpisah dengan 13 lagi rakan mereka antara Pulau Sri Buat, Pahang dan Pulau Mertang, Mersing.