Monday, August 26, 2019
updated 2:34 AM UTC, Aug 26, 2019

Ibadah korban : Lembu baka Limousin jadi tarikan

  • Published in Berita Semasa

 


KUANTAN - Seekor lembu gergasi daripada baka Limousin menjadi tumpuan penduduk dalam masjid korban di Masjid Jaya Gading, Kampung Jaya Gading, Kuantan.

Lembu jantan seberat lebih 500 kilogram itu antara enam ekor haiwan ternakan yang dikorbankan pada hari raya kedua di masjid berkenaan.

Menurut Imam 1 Masjid Jaya Gading, Wan Ali Wan Sembok, daging lembu berusia tiga tahun setengah itu, mampu diagihkan kepada 200 orang berikutan saiznya yang besar.

Ini merupakan tahun kedua masjid tersebut mengorbankan lembu daripada baka sama.

Sementara itu, penduduk yang mengambil bahagian, Hamzam Hassan berkata, tawaran bagi baka tersebut telah dibuka sejak awal tahun ini, dengan harga RM2,000 bagi setiap tujuh bahagian dengan dibayar secara ansur-ansur.

Selain lembu terbabit, penduduk turut mengorbankan seeokor lagi lembu ternakan biasa.