Monday, August 26, 2019
updated 3:35 AM UTC, Aug 26, 2019

Dua lelaki dilaporkan sesat di Hutan Gunung Pulai, Kulai, Johor ditemui selamat

  • Published in Berita Semasa

 

 

KULAI - Dua lelaki dilaporkan sesat di Hutan Gunung Pulai, Kulai, Johor semalam selepas gagal menemui jalan keluar ditemui selamat.

S.Subash dan P. Vigneswaran masing-masing, 28 tahun masuk ke dalam hutan pada pukul 4.30 petang semalam ditemui kira-kira 200 meter dari kawasan air terjun kira-kira pukul 10.10 malam tadi.

Komander Operasi, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Kulai, Penolong Kanan Penguasa Bomba Khairi Zainudin menerusi kenyataannya berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan kira-kira pukul 8.20 malam tadi.

9 anggota dan sebuah jentera digerakkan ke lokasi sejurus menerima panggilan.

Kedua-dua mangsa hanya mengalami kecederaan ringan.