Tuesday, 17 May 2022

Johor disaran bantu pekebun kecil sawit

  • Published in Semasa

FOTO - RTM


JOHOR BAHRU - Kerajaan negeri Johor disarankan mengambil inisiatif membantu pekebun-pekebun kecil sawit untuk menukar status syarat kegunaan tanah kepada tanaman sawit.

Ia bagi memudahkan proses mendapatkan pensijilan minyak sawit mampan, MSPO.

Mengikut statistik, terdapat kira-kira lima ribu hektar kawasan tanaman sawit melibatkan lebih 3,000 pekebun kecil di Johor.

Menteri Industri Utama, Teresa Kok berkata, hasil pertemuan bersama Menteri Besar Johor, Datuk Dr Sahruddin Jamal berjaya menerima maklum balas positif mengenai usaha membantu pekebun-pekebun kecil itu.

Secara keseluruhan, lebih 700,000 hektar kawasan sawit terdapat di Johor, namun hanya 34.2 peratus berjaya mendapatkan sijil MSPO sehingga Jun lalu.

Beliau turut memaklumkan harga pasaran sawit berpotensi untuk meningkat menerusi pensijilan MSPO termasuk di Jepun, Cina dan Eropah.