Wednesday, April 8, 2020

updated 11:58 AM UTC, Apr 8, 2020

Bandar Integrasi TVET dicadang sebagai Pusat Sehenti Kawal Selia dan Tadbir Urus Pendidikan dan Latihan Vokasional TVET

  • Published in Berita Semasa


PUTRAJAYA - Bandar Integrasi TVET menjadi pusat sehenti kepada kawal selia dan tadbir urus Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional TVET.

Sekaligus berfungsi sebagai teraju TVET negara.

Demikian fungsi Bandar Integrasi TVET yang dicadang Kementerian Sumber Manusia, bagi menjana lebih ramai tenaga kerja mahir, dalam membantu usaha negara mendepani cabaran Revolusi Industri 4.0.

Jelas Timbalan Menteri Sumber Manusia, Datuk Mahfuz Omar, bandar itu bakal dilengkapi sebuah universiti yang berperanan mengembangkan Sijil Kemahiran Malaysia sehingga ke peringkat doktor falsafah.

Datuk Mahfuz ditemui media selepas merasmikan TVET Conference di Putrajaya, yang menjadi medan perkongsian idea antara tenaga pengajar institusi latihan awam dan swasta, pensyarah serta pihak industri.

Ia juga platform pembuat polisi mendapatkan input daripada agensi TVET bagi membangunkan Rancangan Malaysia Ke-12.