Logo

Zahid Hamidi hadapi 33 pertuduhan

 

KUALA LUMPUR - Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Shah Alam, atas 33 pertuduhan menerima rasuah.

Jumlahnya RM 42.76 juta , melibatkan Sistem Visa Luar Negara (VLN).

Rasuah didakwa diterima beliau daripada sebuah syarikat pengendali perkhidmatan One Stop Centre (OSC) di China, dan Sistem Visa Luar Negara (VLN) Ultra Kirana Sendirian Berhad.

Perbuatan itu didakwa dilakukan di nombor 389 Jalan Bayu Nyaman Country Heights Kajang, antara 2014 hingga 2017.

Datuk Seri Ahmad Zahid berdepan 26 pertuduhan mengikut Seksyen 16 (a)(B) Akta SPRM dan boleh dihukum di bawah Seksyen 24 (1) akta sama.

Manakala tujuh lagi pertuduhan mengikut Seksyen 165 Kanun Keseksaan membabitkan kesalahan menerima suapan dalam pelbagai matawang.

Bagaimanapun, tertuduh mengaku tidak bersalah sebaik kesemua pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Rozilah Salleh.

Hakim kemudian membenarkan Datuk Seri Ahmad Zahid diikat jamin RM 500 ribu dengan seorang penjamin.

29 Julai depan ditetapkan untuk sebutan semula kes.

Hak Cipta Terpelihara © 2015 Radio Televisyen Malaysia.