Monday, June 24, 2019
updated 12:39 PM UTC, Jun 24, 2019

SPRM siasat laporan secara profesional

  • Published in Berita Semasa

KUALA LUMPUR - Semua laporan yang diterima Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan disiasat secara profesional.

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Latheefa Koya dalam satu kenyataan menjawab menjawab pertanyaan media berhubung laporan kepada SPRM semalam yang dibuat Pengerusi Sekretariat Suara Rakyat, Datuk Lokman Noor Adam membabitkan seorang menteri kanan.

Latheefa menegaskan, pihaknya tidak akan berpihak kepada sesiapa dalam menyiasat sebarang laporan.

Siasatan kes itu akan dikendalikan oleh timbalan beliau dan pegawainya.

Menurut Latheefa, beliau tidak akan terbabit dalam apa-apa cara sama ada siasatan atau membuat keputusan.