Monday, June 24, 2019
updated 12:39 PM UTC, Jun 24, 2019

Bayi perempuan ditemui di dalam sebuah beg

  • Published in Berita Semasa

 

 

 

JOHOR BAHRU - Seorang bayi perempuan yang baru lahir ditemui di dalam sebuah beg di tepi jalan berhampiran Flat Sri Anugerah, Larkin, Johor bahru Johor kira-kira 10.30 pagi tadi. 

Bayi tersebut dijumpai seorang suri rumah yang terdengar suara bayi menangis. 

Ketua Polis Johor Bahru Selatan, JBS, Asisten Komisioner Shahurinain Jais berkata, wanita tersebut memaklumkan kepada seorang penyelia bengkel berhampiran mengenai penemuan bayi tersebut. 

Penyelia bengkel berkenaan membawa bayi tersebut ke tempat kerjanya bertindak membersihkan  dan memberikan susu kepada bayi itu sebelum menghubungi pihak polis untuk tindakan lanjut. 

Bayi berada dalam keadaan masih bertali pusat, sihat dan baik sebelum dibawa ke Hospital Sultanah Aminah, HSA untuk rawatan susulan. 

Pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat, JKM turut dimaklumkan dan bayi berkenaan kini dalam penjagaan hospital.