Thursday, August 22, 2019
updated 12:32 PM UTC, Aug 22, 2019

LHDN : Program Khas Pengakuan Sukarela,catat lebih 200,000 pendaftaran

  • Published in Berita Semasa




KUALA LUMPUR- Program Khas Pengakuan Sukarela, Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) kini mencatat lebih 200 ribu pendaftaran sehingga Mac lalu.

Program Khas Pengakuan Sukarela ini memberi peluang kepada pembayar cukai mengisytihar  secara sukarela apa jua pendapatan yang tidak dilapor bagi tujuan cukai, mengikut akta cukai pendapatan.

Program ini telah bermula di seluruh negara pada 3 November 2018 sehingga 30 September 2019.

Penolong Pengarah Jabatan Khidmat Korporat LHDN, Abdul Rauf Abdullah Sani ketika ditemui selepas menjadi tetamu program Selamat Pagi Malaysia di Angkasapuri berkata, program khas ini terbahagi kepada dua fasa.

Fasa pertama menawar kadar penalti yang sangat rendah iaitu 10 peratus bagi pendaftaran sebelum Julai ini dan penalti pada kadar 15 peratus selepas Julai.