Thursday, August 22, 2019
updated 12:32 PM UTC, Aug 22, 2019

Lelaki maut tersepit dalam kemalangan membabitkan sebuah kereta dan van

  • Published in Berita Semasa

FOTO - IJOY

TAPAH - Seorang lelaki maut tersepit dalam kemalangan membabitkan sebuah kereta dan Van di Jalan Bidor-Sungai, pagi tadi.

Mangsa, Muhammad Muqtadir Hamidon 24 tahun yang tersepit di tempat duduk pemandu kereta cedera parah dan meninggal dunia di tempat kejadian. 

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Bidor, Muhammad Asyraf Mat Isa berkata, lima anggota dihantar ke tempat kejadian setelah menerima panggilan kecemasan pada pukul 8.49 pagi.

Jelasnya mangsa yang tesepit dikeluarkan dengan menggunakan peralatan menyelamat 'Resq Tool'.

Dalam kemalangan itu, pemandu van berusia 36 tahun pula hanya cedera ringan dan diserahkan kepada pihak ambulans untuk rawatan.

Mangsa yang maut diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.

((RTM / IJOY))