Thursday, August 22, 2019
updated 12:32 PM UTC, Aug 22, 2019

Persidangan Media Asia ke-16 : Tangani berita palsu, jenayah siber serta pembangunan revolusi digital industri 4.0 jadi tumpuan

  • Published in Berita Semasa

FOTO - ZURAIDAH

KEMBOJA - Persidangan Media Asia ke-16. Menangani berita palsu, jenayah siber serta pembangunan revolusi digital industri 4.0 menjadi tumpuan Persidangan Media Asia ke 16 di Siem Reap, Kemboja.

Perdana Menteri Kemboja, Hun Sen dalam ucapan perasmian persidangan itu bekata Kerjasama kukuh antara negara serantau diharap dapat mencapai penyelesaian dalam menangani cabaran era digital.

600 delegasi daripada 26 negara anggota Institut Pembangunan Penyiaran Asia Pasifik (AIBD)menghadiri Persidangan berkenaan.

Dengan tema "Digital Media : Tumpuan Pembangunan Pasaran", persidangan ini akan memberi tumpuan terhadap pembangunan baharu teknologi baharu industri media Asia Pasifik.

Di samping itu, 4 pra- persidangan turut diadakan iaitu Kepimpinan industri 4.0, Menangani Berita Palsu, Teknologi 4k, Membentuk kandungan era Digital berimpak tinggi.

((RTM/ZURAIDAH))