Monday, June 24, 2019
updated 12:39 PM UTC, Jun 24, 2019

Tahun Melawat Malaysia 2020 : Perlis teroka destinasi pelancongan  baharu tarik pelancong

  • Published in Berita Semasa

FOTO - FB TOURISM PERLIS


PERLIS - Sempena Tahun Melawat Malaysia 2020, Perlis berusaha mempelbagaikan aktiviti kalendar pelancongan negeri.

Setiausaha Kerajaan Negeri Azman Mohd Yusof berkata, penerokaan beberapa kawasan baharu dan aktiviti pelancongan seperti bukit Batu Kapur, aktiviti Belon Udara Panas dan Luncur Angin dirancang bagi menarik kedatangan pelancong.

Beliau ditemui pada sambutan Majlis Aidilfitri bersama rakyat di kangar, Perlis.

Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail dan Raja Perempuan Perlis Tuanku Tengku Fauziah Tengku Abdul Rashid berangkat ke sambutan yang diadakan.

Baginda berdua di iring Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizzuddin Putra jamalullail dan Raja Puan Muda Perlis Tuanku Hajah Lailatul Syahreen Akashah Khalil.

Lebih 15 ribu pengunjung hadir memeriahkan sambutan Aidilfitri bersama keluarga diraja itu.