Thursday, August 22, 2019
updated 12:32 PM UTC, Aug 22, 2019

Pos Asli Sungai Berua juga ambil langkah waspada elak berlaku sebarang jangkitan

  • Published in Berita Semasa


SUNGAI BERUA - Susulan Pos Asli Kuala Koh Gua Musang yang di kuarantin bagi mengelak penyakit berjangkit melalui penafasan.

Pos Asli Sungai Berua dekat Tasik Kenyir yang terletak berhampiran di sempadan Kelantan Terengganu juga mengambil langkah berjaga-jaga.

Termasuk 104 pelajar Asli di Sekolah Kebangsaan (SK) Sungai Berua.
  
Guru Besarnya Norsuhaimi Abdul Latif mengakui sejak beberapa hari lepas terdapat pasukan kesihatan daripada Pejabat Kesihatan Daerah yang melakukan pemeriksaan di sekolah itu.
  
Beliau menyambut baik langkah proaktif pasukan itu bagi mengelakkan sebarang jangkitan yang boleh berlaku terhadap para pelajaranya.

Menurut beliau setakat ini belum ada tanda-tanda pelajar asli di sekolah itu mengalami masalah kesihatan seperti yang dialami oleh masyarakat asli Kuala Koh Gua Musang.

Pihaknya akan terus memantau perkembangan itu kerana terdapat beberapa keluarga daripada suku kaum Batek di pos itu yang mempunyai pertalian keluarga dengan masyarakat asli Kuala Koh dan sering berulang alik di kedua-dua perkampungan orang asli tersebut.

Berdasarkan situasi semasa ini pihak sekolah bekerjasama dengan Pejabat Kesihatan daerah Hulu Terengganu bagi memastikan semua pelajar sekolah ini bebas sebarang jangkitan penyakit.

Sehingga kelmarin polis mengesahkan 2 orang penduduk dari pos Asli Kuala Koh Gua Musang meninggalkan dunia yang berpunca daripada penyakit jangkitan paru-paru.

Sebelum ini dilaporkan 13 penduduk dari suku Batek di Pos itu meninggal dunia akibat penyakit misteri.