Wednesday, May 27, 2020

updated 1:35 PM UTC, May 27, 2020

Tiket ETS dan KTM antarabandar untuk perjalanan sehingga 16 Jun, hanya berbaki 157,238.

  • Published in Berita Semasa

FOTO FB KTM BERHAD

 

KUALA LUMPUR - Tiket kereta api bagi perkhidmatan ETS dan KTM antarabandar untuk perjalanan sehingga 16 Jun, hanya berbaki 157,238.

Untuk perjalanan pada waktu paling puncak dari 31 Mei hingga 9 Jun, tiket ETS dan KTM antarabandar, masing-masing berbaki 14,809 dan 10,973 tiket.

Menurut Timbalan Menteri Pengangkutan, datuk Kamarudin jaffar ..tiket bagi laluan Kuala Lumpur dan Padang Besar menerima permintaan paling tinggi.

Bagi menampung keperluan pengguna di musim Hari Raya Aidilfitri ini pihak KTMB menambah dua lagi perkhidmatan untuk laluan tersebut.

Manakala tiket bagi laluan ini hanya berbaki 2,275.

Secara keseluruhannya, KTMB menyediakan 564,740 tiket ETS & KTM Antarabandar, sempena Aidilfitri tahun ini.

Beliau menyatakannya pada Majlis Edaran Pek Hari Raya dan Berbuka Puasa KTMB bersama media di KL Sentral.

Terdahulu, Datuk Kamarudin menyampaikan bingkisan yang berisi kuih raya , air minuman dan sampul duit raya kepada para penumpang Tren ETS yang berlepas ke utara.