Monday, September 16, 2019
updated 12:32 PM UTC, Sep 16, 2019

RTM siar Copa America mulai 15 Jun ini

  • Published in Berita Semasa

KUALA LUMPUR - Peminat bola sepak tempatan berpeluang menonton kejohanan bola sepak terulung di benua Amerika, iaitu 'Copa America' 2019 yang disiarkan menerusi RTM secara langsung.

Kejohanan itu berlangsung mulai 14 Jun hingga 7 Julai ini melibatkan 12 pasukan Amerika Selatan. Selain itu, dua pasukan jemputan dari benua Asia iaitu Jepun dan Qatar.

Jelas Ketua Pengarah Penyiaran, Abdul Muis Shefii  dengan kos penyiaran 2.9 juta ringgit, RTM menyiarkan keseluruhan 80 perlawanan secara langsung, tertunda, dan ulangan menerusi saluran TV1, TV2 dan RTM HD Sports.

Peminat juga boleh melayari menerusi laman sesawang dan aplikasi RTM Mobile.

Usaha murni RTM amat dialu-alukan bekas pemain kebangsaan.

Siaran 'Copa America' akan bermula 15 Jun ini, melibatkan perlawanan antara tuan rumah, Brazil dan Bolivia secara langsung di TV2, dan RTM HD Sports, pukul 8 pagi.

Siaran ulangannya pukul 11 malam di TV1 dan 3 petang di RTM HD Sports, dengan menampilkan Rasdi Jumaat dan Izwan Mohd Nor selaku pengulas.