Sunday, 22 May 2022

325 pengusaha beca, menerima sumbangan Aidilfitri kerajaan negeri Melaka

  • Published in Semasa

FOTO KERAJAAN NEGERI MELAKA

 

MELAKA - Sempena Ramadan, 325 pengusaha beca di Negeri Melaka turut diraikan kerajaan negeri dengan memberi sumbangan AidilFitri.

Mereka selaku duta kecil pelancongan Melaka di hargai kerana membantu Melaka merealisasikan agenda pelancongan kerajaan negeri.

Exco Pelancongan ,Warisan dan Kebudayaan negeri, Datuk Muhammad Jailani Khamis berkata, usaha ini dilaksana bagi meringankan beban mereka untuk membuat persiapan menjelang Aidilfitri.

Kerjasama turut dijalin dengan badan-badan bukan kerajaan NGO yang turut menyokong usaha kerajaan negeri bagi memberi keceriaan kepada golongan ini.

Beliau berkata demikian ketika ditemui sempena majlis bacaan yaasin dan penyampaian sumbangan Aidilfitri berbentuk wang tunai dan barangan makanan kepada pengusaha beca di Bandaraya Melaka.