Sunday, 22 May 2022

TNB Melaka digesa pastikan sistem meter pintar berfungsi sempurna

  • Published in Semasa

FOTO - MB Melaka

AYER KEROH - Tenaga Nasional Berhad, TNB Melaka perlu memastikan sistem dan aplikasi Smart Meter atau Meter Pintar berfungsi sepenuhnya bagi memudahkan pengguna mendapatkan maklumat penggunaan agar tidak menimbulkan sebarang kekeliruan.   

Ketua Menteri, Adly Zahari berkata, TNB telah menyelesaikan 1,600 aduan daripada 2,500 aduan yang diterima.

Jelasnya kira-kira 250 ribu pemasangan meter pintar telah dipasang di kediaman seluruh Melaka.

Beliau berkata demikian ketika ditemui Sidang Media di Seri Negeri, Ayer Keroh.