Friday, 7 August 2020

updated 12:31 AM UTC, Aug 7, 2020

Tunku Temenggong Johor, Tunku Idris Iskandar Sultan Ibrahim gesa langkah segera tingkatkan kesedaran mengenai bahaya pencemaran sungai

  • Published in Berita Semasa

JOHOR BAHRU - Johor berisiko berhadapan kekurangan bekalan air untuk kegunaan harian rakyat serta keperluan industri jika pencemaran sungai berterusan.

Tunku Temenggong Johor, Tunku Idris Iskandar Sultan Ibrahim, dalam satu kenyataannya menggesa masyarakat untuk tidak menjadikan sungai sebagai tempat pembuangan sisa kimia.langkah segera perlu diambil untuk meningkatkan kesedaran mengenai bahaya pencemaran sungai.

Sektor awam dan swasta perlu mengenal pasti kaedah baharu serta idea inovatif untuk menghidupkan semula dan menyelamatkan sungai-sungai yang tercemar.

Penaung Diraja Taman Negara Johor itu turut menyatakan kira-kira 16 sungai utama di negeri Johor pernah terjejas akibat pencemaran.

Tegasnya, tindakan membuang sisa perindustrian ke sungai seperti insiden pencemaran kimia yang berlaku di Sungai Kim Kim, Pasir Gudang, perlu dihentikan segera.

((RTM JOHOR/SOFIA))