Tuesday, September 17, 2019
updated 12:17 PM UTC, Sep 17, 2019

Polis Marin terima dua bot peronda baharu

  • Published in Berita Semasa

 

 

 

   
LUMUT - Pasukan Polis Marin PDRM menerima aset keselamatan baharu melibatkan dua bot peronda Fast Assault Craft (FAC) Kelas PC 17.6 meter bernilai RM23 juta 280 ribu ringgit.

Dua bot ronda itu merupakan penambahan kepada empat bot ronda sedia Pasukan Polis Marin di bawah Jabatan Kementerian Dalam Negeri dan Ketenteraan Awam (KDNKA).  

Pengarah Jabatan KDNKA, Datuk Sri Acryl Abdullah Sani berkata, kedua-dua aset keselamatan itu akan ditempatkan masing-masing di Selangor dan Johor.

Ia akan digunakan untuk membanteras jenayah rentas sempadan. Ia juga akan mempertingkatkan kecekapan pasukan itu dalam usaha memerangi jenayah rentas sempadan. Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas menyempurnakan Majlis Pelancaran Dua Botronda Fast Assault Craft (FAC) Kelas PC (PC 31 & PC 32) di Lumut.

Dalam pada itu, beliau berkata, pihaknya telah memohon tambahan sebanyak lima buah bot ronda menerusi Rancangan Malaysia Ke-11, 2020.