Tuesday, 29 November 2022

Lokasi alternatif PPS di Pulau Pinang dikenal pasti jika berlaku banjir pada hari pengundian

(Datuk Mohd Shuhaily dalam sidang media di Dewan Sri Pinang selepas sesi taklimat PRU
kepada semua anggota dan pegawai Kontijen Pulau Pinang)

GEORGE TOWN, 17 November- Polis Pulau Pinang bersama-sama Jabatan Pendidikan Negeri dan Jabatan Kebajikan Masyarakat sudah bersiap sedia dengan sebarang kemungkinan sekiranya berlaku banjir pada hari pengundian Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15), Sabtu ini.

Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Mohd Shuhaily Mohd Zain, berkata pihaknya telah mengenal pasti lokasi alternatif untuk Pusat Pemindahan Sementara (PPS) sekiranya berlaku banjir pada hari pengundian.

"Banjir berlaku semasa pilihan raya ini semua agensi dah bersiap sedia termasuklah PDRM. Malah tempat-tempat pemindahan sementara alternatif sebelum ini yang dijadikan tempat pengundian akan terus kekal menjadi tempat pengundian dengan kita tukarkan kepada tempat sementara alternatif di kawasan yang terlibat kelak," kata Mohd Shuhaily dalam sidang media di Dewan Sri Pinang selepas sesi taklimat PRU kepada semua anggota dan pegawai Kontijen Pulau Pinang di sini.

Seramai 4,470 pegawai dan anggota akan menjalankan pelbagai tugas termasuk kawalan lalu lintas dan keselamatan di 331 pusat pengundian dan 2,134 saluran di negeri itu.

(Lokasi alternatif PPS di Pulau Pinang dikenal pasti jika berlaku banjir pada hari pengundian)

  • Written by Media Baharu
  • Category: Pilihan Raya
  • Hits: 134