Wednesday, 1 February 2023

 

Pilihan Raya Negeri, PH tidak tolak kemungkinan kerjasama dengan BN

  • Published in Pilihan Raya

(Foto Bernama)

SHAH ALAM, 14 Januari- Pakatan Harapan (PH) tidak menolak kemungkinan akan ada kerjasama dengan Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) nanti.

Bagaimanapun, perkara itu bergantung dengan perkembangan proses dalaman UMNO ketika ini.

Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Rafizi Ramli berkata 'peralihan pengundi' dari kedua-dua parti tersebut akan terjadi sekiranya kerjasama PH-BN berlaku.

"Daripada keputusan PRU-15 yang lepas, gabungan undi PH, BN sebenarnya menang 53 kerusi di Selangor. Tetapi sudah tentu kena tengok macam mana sentimen rakyat dalam enam bulan akan datang, ada isu 'perpindahan undi', sama ada dulu undi BN akan undi PH ke tidak atau undi PH akan undi BN ke tidak.

"Jadi itu yang kita ada masa mencukupi untuk empat, lima bulan ini bagi mengetahui keadaan itu di samping berkempen dan memastikan pelaksanaan beberapa perkara di peringkat Persekutuan dan di Selangor," katanya.

(Rafizi ketika berucap pada Konvensyen PRN Selangor hari ini/Foto Bernama)

Beliau menyatakan demikian dalam sidang media selepas melancarkan Konvensyen PRN Selangor, di sini hari ini.