Wednesday, 1 February 2023

 

PN menang majoriti 16,260 undi di Padang Serai

  • Published in Pilihan Raya

(Azman Nasrudin/ BERNAMA)

PADANG SERAI, 8 Disember- Calon Perikatan Nasional (PN) Datuk Azman Nasrudin berjaya menyandang Parlimen Padang Serai dengan 51,637 undi dan majoriti 16,260 undi.

Beliau menewaskan calon Pakatan Harapan (PH) Mohamad Sofee Razak yang meraih undi sebanyak 35,377 undi.

Pertembungan enam penjuru di kerusi berkenaan turut membabitkan calon Barisan Nasional (BN), Datuk C Sivaraajh, calon Parti Pejuang Tanah Air (PEJUANG), Hamzah Abd Rahman, calon Parti Warisan (WARISAN), Mohd Bakhri Hashim dan calon Bebas iaitu Sreanandha Rao.

Sivaraj meraih 2,983 undi, Hamzah memperoleh 424 undi, Mohd Bakhri pula mendapat 149 undi, manakala Sreanandha dengan 846 undi.

Keputusan rasmi bagi Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) diumumkan oleh Pegawai Pengurus Pilihanraya P017 Padang Serai, Datuk Abdul Bari Abdullah di Pusat Penjumlahan Rasmi Undi Dewan Kompleks Sukan Kulim Hi-Tech di Kulim, di sini pada pukul 10.53 malam.

(Azman Nasrudin (kanan) ketika diumumkan menang pada PRU15
Parlimen Padang Serai/BERNAMA)