Wednesday, 1 February 2023

 

Mohd Johari menang tipis dengan 573 undi

  • Published in Pilihan Raya

ROMPIN, 7 Disember- Dewan Undangan Negeri (DUN) Tioman dimenangi oleh Calon Barisan Nasional (BN) Datuk Seri Mohd Johari Hussain dengan jumlah undi sebanyak 8,080.

Mohd Johari Hussain yang merupakan penyandang bagi kerusi itu menang dengan majoriti tipis sebanyak 573 undi, menewaskan calon Perikatan Nasional (PN) Nor Idayu Hashim yang mendapat 7,507 undi.

Bagaimanapun, tiga calon lain iaitu Mohd Fadzli Mohd Ramly daripada Pakatan Harapan (PH) memperoleh 784 undi, Osman A Bakar daripada Pejuang memperoleh 79 undi dan Sulaiman Bakar daripada Bebas dengan 58 undi.

Keputusan itu diumumkan secara rasmi oleh Pegawai Pengurus Pilihan Raya, Rompin, Datuk Ahmad Nasim Datuk Mohd Sidek sebaik penjumlahan undi selesai Dewan Negeri (DUN) Tioman di Dewan Jubli Perak Sultan Haji Ahmad Shah, Rompin.

(Datuk Seri Mohd Johari selepas mengundi bagi DUN Tioman/BERNAMA)