Wednesday, 1 February 2023

 

Pusat pengundian Parlimen Padang Serai, DUN Tioman, tutup pukul 6.00 petang

  • Published in Pilihan Raya

KUALA LUMPUR, 7 Disember- Pusat-pusat pengundian bagi Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) Parlimen Padang Serai di Kedah dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Tioman di Pahang yang dibuka sejak pukul 8.00 pagi tadi ditutup pada pukul 6.00 petang tadi.

Seramai 161,063 pengundi daftar pemilih berdaftar layak mengundi bagi Parlimen Padang Serai dan DUN Tioman.

Daripada jumlah itu, 132,955 orang mengundi awal bagi Parlimen Padang Serai manakala 28,108 orang pengundi bagi DUN Tioman.

Empat beradik (dari kiri) Muhammad Amirullah Hud, 31, Muhammad Amarullah Hud, 30,
Muhammad Akhbarullah Hud, 23, dan Muhammad Akromallah Hud, 21, menunaikan
tanggungjawab mengundi bagi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) Parlimen Padang 
Serai di Pusat Mengundi Sekolah Menengah Kebangsaan SultanBadlishah, hari ini
FOTO BERNAMA

Menurut Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) peratusan keluar mengundi di Parlimen Padang Serai ialah 63 peratus sementara di DUN Tioman, 54 peratus setakat pukul 4.00 petang.

Pengundian di Parlimen Padang Serai hari ini melibatkan 46 pusat mengundi dan 230 saluran sementara bagi DUN Tioman, 17 pusat mengundi dibuka melibatkan 52 saluran.