Wednesday, 1 February 2023

 

Proses pengundian di Pulau Tioman selesai lebih awal

  • Published in Pilihan Raya

PULAU TIOMAN, 7 Disember- Proses pengundian di lima pusat pengundian di Pulau Tioman selesai pukul 2.00 dan 3.00 petang tadi.

Pusat pengundian di Genteng, Mukut, Juara dan Salang ditutup pukul 2.00 petang dan merekodkan jumlah pengundi sekitar 500 pengundi.

Manakala Sekolah Menegah Kebangsaan (SMK) Tekek pula merekodkan jumlah pengundi kira-kira 600 orang.

Selepas tempoh mengundi tamat, semua peti-peti diterbangkan dari Tekek ke pusat penjumlahan undi di Rompin, menggunakan helikopter.

Secara keseluruhan seramai 2,010 pengundi biasa direkodkan di Pulau Tioman melibatkan lima pusat pengundian melibatkan tujuh saluran.

DUN Tioman menyaksikan pertandingan lima penjuru antara calon Pakatan Harapan (PH), Barisan Nasional (BN), Perikatan Nasional (PN), Pejuang dan seorang Bebas tetapi PH menarik diri daripada PRU berkenaan sebagai tanda kesepakatan Kerajaan Perpaduan di peringkat negeri dan nasional.

(Helikopter yang digunakan untuk peti undi)